Negara kita sudah jauh mundur ke tahap di mana rasuah di negara kita bukan lagi menjadi kenyataan hidup, malah sudah menjadi satu cara hidup. Ketika kita melihat secara dekat negara-negara yang dianggap sebagai di antara yang paling kurang rasuah, kita dapati mereka selalunya ditadbir dengan baik dan terdapat perhubungan terus di antara pemerintahan yang baik dan daya saing. Negara-negara ini amat sedar bahawa rasuah jika tidak dipantau akan merencat dan menghancurkan nilai-nilai moral dan sistem nilai mereka, dan seterusnya ekonomi mereka.
Gejala pembusukan moral ada di mana-mana di negara ini. Ia tidak pernah berhenti untuk mengejutkan betapa kerajaan kita yang berfikir laungan retorik sahaja bersama niat baik memerangi rasuah boleh mencegah hasutan sistemik mekanisme negara yang tidak terkawal dalam penilaian dan pertimbangannya, beserta lain-lain institusi kerajaan sebagai juzuk daripada pengaturan perlembagaan untuk melindungi hak-hak warga negara kita.


No comments:
Post a Comment