Tuesday, March 27, 2012

Demo PTPTN: Pelajar belum tetap tarikh


Gabungan pertubuhan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) masih belum menetapkan tarikh bagi mengadakan perhimpunan untuk menuntut supaya pinjaman melalui Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Pengerusinya, Safwan Anang berkata, SMM akan membincangkan mengenai perkara itu dalam mesyuaratnya esok.

"Setakat ini belum ada keputusan lagi. Kita akan pastikan dulu pergerakan mana yang sudah mula membawa isu PTPTN.

"Kita tahu ada badan yang sudah lama memperjuangkan isu ini seperti daripada Parti Sosialis Malaysia. Jadi kita kena fikir sama ada kita sendiri ketuai atau barisan (pelajar) lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SMM perlu menimbang perkara itu memandangkan badan itu juga akan melibatkan diri dalam himpunan Malaysia Bangkit pada 14 April.

Selain itu, SMM juga perlu  menyokong kumpulan pelajar pro-M untuk menuntut supaya pilihan raya kampus tahun ini tidak ditangguhkan, katanya lagi.

Safwan berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu semalam yang berkata PAS akan menyokong perhimpunan yang akan dilakukan pelajar berkenaan.

Mohamad berkata PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang yang ditanggung pelajar dihapuskira kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Mohamad juga berkata, selain SMM, perhimpunan tersebut juga akan diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).


http://www.malaysiakini.com/news/193306

Sunday, March 25, 2012

PTPTN Malaysia : Adakah Caj Pentadbiran Membebankan Peminjam Seperti Anda?



Tak lama lagi akan bertambah lagi jumlah “pelanggan” PTPTN Malaysia. Kebanyakan di antara pelajar-pelajar yang dapat sambung belajar di mana-mana pusat pengajian di Malaysia kelak, ada yang berkemampuan, ada yang tidak.
Yang tidak mampu membayar kos pengajian dan sara hidup sepanjang tempoh pengajian mereka kelak tidak, mempunyai banyak pilihan. Akhirnya PTPTN Malaysia yang menjadi platform untuk mereka meminta pertolongan & bantuan…..
  • Bagi kami konsepnya mudah sahaja, jikalau dah pinjam mestilah dibayar semula supaya membantu kepada kelangsungan pinjaman untuk generasi seterusnya pula. Tetapi…..
Bezanya di sini, ramai yang pertikaikan adalah caj pentadbiran. Ya….memang benar jikalau nak pertikaikan riba yang terselit pada pinjaman PTPTN Malaysia ini, pasti akan akan ada yang mempersoalkan pula rakyat Malaysia yang terus bergelumang dengan riba pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan dan lain-lain lagi.
Tetapi ada bezanya di sini, pinjaman PTPTN Malaysia ini bertujuan menampung kos pengajian dan kos sara hidup sepanjang tempoh anak-anak muda kita ini belajar & menuntut ilmu. Dan mereka-mereka ini merupakan aset kepada negara dan pelaburan kepada negara. Dan isu pendidikan adalah hak setiap rakyat.

Cadangan Berita Semasa Ke Arah Penambaikan Pinjaman PTPTN Malaysia :

Kami mahu melihat kos RM5 billion yang diperlukan PTPTN setiap tahun dapat ditambahbaik pelaksanaannya :
1) Biasiswa Kepada Peminjam
  • Kepada PTPTN Malaysia, jenguk-jenguklah pelajar-pelajar yang bijak pandai ini sepanjang tempoh pengajian mereka. Berikanlah ruang dan peluang untuk mereka menikmati biasiswa penuh berdasarkan pinjaman PTPTN mereka sebelumnya jika berjaya memperoehi keputusan yang cemerlang. Bukankah itu lebih baik? Mereka inilah aset penting untuk digilap dan diberikan galakan. Akhirnya nanti dapat memberikan sumbangan kepada Malaysia untuk tempoh yang akan datang.
  • Contohnya, siapa yang dapat 1st class dikira biasiswa, 2nd upper potong 65%, 2nd lower potong 30%. Sekadar memberikan contoh….
2) Hapuskan caj pentadbiran sebenarnya
  • Kami masih lagi realistik di mana Malaysia belum mampu ke arah untuk memberikan pendidikan percuma. Tetapi sekurang-kurangnya caj pentadbiran perlu dihapuskan sebenarnya. Bayar pokok sahaja. Bantu anak-anak muda ini belajar tanpa “banyak gangguan”
  • Apabila mereka-mereka sudah habis belajar dan mudah mencari kerja, kerajaan bolehlah mula mengutip cukai pendapatan daripada mereka
3) Agihan Duit PTPTN
  • Ya…kami tahu bukan semuanya begitu tetapi kalau tengok pelajar-pelajar, masuk sahaja bulan ke 2 semester cukup mewah mengalahkan kalangan yang sudah bergaji . Ini kerana mereka sudah mula menerima duit PTPTN Malaysia sehingga ada yang “rambang mata” untuk membelanjakan untuk perkara-perkara yang bukan keperluan.
  • Itu sebablah yang apabila menginjak ke bulan 3-4 semester,masing-masing daripada mereka mula ikat perut. Angkara duit PTPTN di awal semester telah dihabiskan atas nama pembaziran & tidak dirancang dengan betul. Orang muda apabila dapat duit banyak, kebanyakannya nafsu membuak-buak. Ini hakikatnya……
  • Jadi seeloknya, PTPTN Malaysia bolehlah mula berkira-kira untuk hanya memberikan duit saku pelajar pada setiap bulan, bukannya diberikan kesemuanya di awal semester. Sekadar pandangan…..Mungkin ada pertikaian daripada anda?
Kerajaan tidak bankrap jika membantu rakyat dengan cara sebegini. Sesebuah syarikat tidak akan muflis sekiranya rakyat mempunyai kuasa beli. Apabila rakyat tiada kuasa beli, kerana banyak tanggungan itu dan ini, barulah boleh mendatangkan risiko bankrap kepada syarikat perniagaan.
by STAFF BERITA SEMASA on MARCH 20, 2012

Friday, January 13, 2012

PTPTN Ada LINK Dengan CCRIS? Tetapi Yang Pastinya Peminjam Berpotensi Kena Blacklist & Disaman!



PTPTN Ada LINK Dengan CCRIS? Tetapi Yang Pastinya Peminjam Berpotensi Kena Blacklist & Disaman!

ptptn PTPTN Ada LINK Dengan CCRIS? Tetapi Yang Pastinya Peminjam Berpotensi Kena Blacklist & Disaman!!
Kami mendapat email daripada salah seorang pembaca yang mendakwa sekarang ini PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dalam usaha PTPTNuntuk link dengan CCRIS pada tahun ini. Betulkah begitu??
Kata pengirim email tersebut, antara sebab PTPTN bertindak begitu adalah :
  • PTPTN  sekarang ini menanggung hutang yang cukup besar angkara peminjam yang tidak mahu membayar semula pinjaman mereka
Jikalau begitu gayanya memang ramai yang akan diistiharkan muflis kalau dah ada rekod dalam CCRIS. Siapa yang pernah ada masalah dengan CCRIS tahulah bagaimana sengsaranya hidup mereka :
Biro Kredit di Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan telah beroperasi sejak tahun 1982. Biro Kredit Bank Negara Malaysia, seperti biro kredit lain di seluruh dunia, pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).
Institusi kewangan menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan sama ada untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Bagi membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit, institusi kewangan tersebut memerlukan maklumat terkini dan tepat mengenai bakal pelanggan mereka. Oleh itu, maklumat dalam laporan kredit boleh membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.
Dan…sebenarnya, kalau diikutkan memang PTPTN tidak boleh berbuat sebegitu rupa. Akhirnya kami bertindak menelefon & bertanya sendiri hal ini kepada kalangan kakitangan PTPTN untuk bertanyakan hal ini dan jawapannya adalah seperti di bawah ini :
  • Setakat yang kakitangan PTPTN tersebut ketahui dan mengesahkan tiada lagi usaha ke arah itu dan sememangnya kalau ikut undang-undang PTPTN tidak boleh bagi maklumat kepada CCRIS, kerana PTPTN bakal disaman jika bertindak sebegitu rupa
  • Tetapi yang pastinya mana-mana peminjam PTPTN yang meninggalkan tunggakan, yang PTPTN merasakan agak tinggi & keterlaluan, bila-bila masa sahaja anda sebagai peminjam PTPTN akan dikenakan tindakan undang-undang dan disaman
  • Anda juga boleh disenaraihitamkan di pengkalan data jabatan Imegresen yang melarang anda keluar negara
  • Iklan terbaru khas untuk peminjam PTPTN telah pun dikeluarkan
Kepada peminjam-peminjam PTPTN, kini anda boleh semak status akaun anda ataupun menyemak baki akaun pinjaman PTPTN dengan cara yang lebih cepat dan mudah melalui SMS:

Semak Baki Pinjaman PTPTN :

PTPTN PINJAMN<SPACE>NOKP<SPACE>NOPIN
Contoh: PTPTN PINJAM 800512019989 123456 @ PTPTN PINJAM RF123456 987654
Hantarkan sms tersebut ke 33199

Semak Senarai Senarai Nama Yang Disenaraihitamkan (Blacklist) :

PTPTN LEGAL<SPACE>NOKP<SPACE>NOPIN
Hantarkan sms tersebut ke 33199
Adakah Anda Peminjam PTPTN
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
P/S : Kepada seluruh “pelanggan & peminjam PTPTN”, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kalangan daripada peminjam dilihat sukar untuk membayarnya semula?

Friday, January 6, 2012

Datuk gila seks simpan gambar kemaluan cucu


KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu selepas mendapat tahu anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dicabul bapa mentuanya sejak beberapa hari lalu.
Sumber polis berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa yang bekerja sebagai eksekutif jualan membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta selepas kanak-kanak itu mengadu sakit perut, kelmarin.

Bagaimanapun, ketika menunggu untuk menerima rawatan, mangsa mula menangis.
“Ketika cuba ditenteramkan, kanak-kanak itu mengadu dicabul datuknya ketika berada di rumah lelaki itu dan terkejut dengan penjelasan itu, ibu mangsa memaksa anaknya itu menceritakan lebih lanjut mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan warga emas itu,” katanya.

Sumber berkata, warga emas gila seks itu juga merakam gambar kemaluan cucu perempuannya itu dan disimpan di dalam telefon bimbit selain mengugut kanak-kanak itu untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

Sebagai tindakan susulan, wanita itu membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut dan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan

Cuti Umum Malaysia Terlalu Banyak? Majikan Memberi Cadangan Untuk Mengurangkannya!!


Kalau tanya bos atau majikan, akan mengadu cuti umum Malaysia terlalu banyak sehingga memberikan masalah kepada mereka seeprti mengurang produktiviti. Kalau tanya pekerja pula, cuti umum Malaysia yang “cukup” penting untuk mereka mendapatkan rehat yang cukup supaya produktiviti semasa bekerja meningkat. Akhirnya…..seperti…
“it’s an egg and chick story”
Pusing-pusing pun, masing-masing akan menegakkan pendapat masing-masing.
Kalau semak negara-negara luar cuti umum, seperti :
  • Orang Perancis banyak cuti
  • Australia pula yang kami lihat hidup mereka santai sahaja. Selepas pukul 5 petang dah ada di rumah minum teh, riadah dan lain-lain lagi. Malam awal-awal dah tidur. Kecuali…..
  • Kecuali sejak imigran China yang gila kerja & duit buka kedai sehingga larut malam
  • Di US juga begitu, mereka akan tidak mengerah tenaga lebih utnuk bekerja selepas pukul 5
Banyak negara maju begitu sebenarnya. Itu sebab, negara mereka sekarang ini dah stabil. Kecuali Jepun, yang memang budaya negara mereka kerja sehingga larut malam. Balik kerja lewat perkara biasa. Kalau balik awal akan dicop sebagai “pemalas”. Begitulah suasana bekerja negara matahari terbit itu. Boleh dikatakan budaya gila kerja ini melibatkan negara-negara di Asia sahaja.

Cuti Umum Yang Banyak Membebankan Majikan?

PETALING JAYA: Musim cuti akhir tahun mungkin telah berakhir di seluruh dunia tetapi tidak di Malaysia kerana diikuti musim cuti perayaan yang menjadi gelombang kedua cuti umum tahun ini. Majikan mungkin berdepan masalah produktiviti memandangkan sebahagian besar pekerja dijangka mengambil cuti panjang pada bulan Januari dan Februari.
Rakyat Malaysia menikmati lebih 50 hari cuti, cuti sekolah dan cuti umum negeri, dan tersenarai dalam 10 negara teratas yang mempunyai cuti umum paling banyak. Ini tidak termasuk sekurang-kurangnya 14 hari cuti tahunan yang dimiliki setiap pekerja.
Lebih buruk untuk majikan pada tahun ini, banyak lagi cuti umum selepas cuti Tahun Baru Cina yang jatuh pada 23 Januari. Ini termasuklah Hari Wilayah Persekutuan (1 Februari), Maulidur Rasul (5 Februari) dan Thaipusam (7 Februari). Adalah menjadi perkara biasa bagi pekerja-pekerja di Malaysia menggunakan cuti tahunan mereka, sebelum atau selepas cuti sesuatu perayaan untuk meluangkan masa yang lebih panjang.
Pengerusi Jawatankuasa Industri Kecil dan Sederhana Persekutuan Pekilang-Pekilang (FMM) Malaysia, Tan Sri Soong Siew Hoong berkata cuti umum yang banyak memberi kesan terhadap daya saing dalam perniagaan dan “membuat majikan menangis”. “Saya fikir terlalu banyak cuti umum berbayar bagi sektor swasta. Beberapa sektor masih lagi mahu meminta cuti lebih,” katanya.
Soong juga melahirkan rasa tidak puas hati beliau apabila cuti yang jatuh pada hujung minggu dibawa ke hadapan kerana merasakan ianya tidak perlu. Beliau mencadangkan agar cuti agama diisytiharkan sebagai pilihan peribadi supaya pekerja terlibat dapat merayakannya dan rakan-rakan bergama lain bekerja seperti biasa.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan berkata produktiviti akan terjejas jika terdapat hari bekerja di antara tempoh percutian. Beliau berkata syarikat-syarikat tidak akan dapat beroperasi pada tahap yang optimum kerana kebanyakan pekerja akan mengambil cuti.
“Satu alternatif ialah mengisytiharkan penutupan sepanjang tempoh, jika tidak kos overhed akan menjadi tinggi, “katanya. Shamsuddin berkata Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan telah menyarankan kepada MEF dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia formula bagi majikan untuk “membeli balik” hari cuti tahunan. Pengerusi Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Kerk Loong Sing berkata cuti umum yang banyak akan menyebabkan kos pengeluaran yang tinggi secara semula jadi.
“Sudah tentu, cuti terlalu banyak adalah tidak baik. Ia akan menjejaskan produktiviti terutama untuk industri yang tidak mampu untuk menghentikan pengeluaran. Majikan juga perlu membayar gaji yang lebih tinggi untuk cuti umum,” katanya. Walau bagaimanapun, Naib Presiden MTUC, Mohd Roszali Majid tidak bersetuju bilangan hari cuti umum dipotong sebagai kerana “pekerja layak bercuti”.
It's a great time to get a great-looking new PC. Offers here.
“Ia tidak menjejaskan produktiviti kerana mereka boleh bekerja pada hari cuti umum, jika mereka mahu. Majikan juga boleh menukar cuti tahunan yang tidak digunakan kepada tunai sekali gus meningkatkan pendapatan pekerja.
Ranking negara paling lama waktu bekerja melibatkan 29 negara-negara industri :
cuti umum Malaysia 3 Cuti Umum Malaysia Terlalu Banyak? Majikan Memberi Cadangan Untuk Mengurangkannya!!
Bagi kami daripada kita asyik bilangan cuti umum Malaysia atas nama produktiviti, kenapa tidak mencari idea untuk buat semua pekerja “suka bekerja” di tempat anda.
  • majikan boleh ubahsuai suasana tempat kerja
  • majikan baik dengan pekerja
  • pekerja semua jadi ikhlas untuk bekerja, tambah motivasi kerja dan lain-lain lagi
  • konsep jangan terlalu memaksa dan tertekan di ofis
  • jangan terlalu banyak protokol itu & ini
Kenapa kita tengok hanya kepada faktor ‘jam bekerja’ sebagai pengukur supaya yang pekerja akan lebih puas hati?
“Kalau lagi kurang ‘jam kerja’, pekerja akan lagi puas hati”
cuti umum malaysia 2 Cuti Umum Malaysia Terlalu Banyak? Majikan Memberi Cadangan Untuk Mengurangkannya!!
Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang menyumbang selain daripada kami senaraikan tadi dan ianya berbeza untuk setiap individu dan sektor yang terlibat. Pekerja-pekerja diberikan ruang untuk membuat pilihan & memilih, asalkan kerja yang diamanahkan siap mengikut jadual yang ditetapkan.  Tidak perlu untuk mereka bekerja siang malam. Walaubagaimanapun, kalau nak kerja lebih terpulang. Kami pasti setiap individu ada perancangan & kehendak masing-masing asalkan ruang yang diberikan agak fleksibel.
Yang penting :
  • Janji kerja siapa pada masa yang ditetapkan
  • Kalau kerja 24 jam, kerja tidak siap, tidak produktif juga
  • Dan tidak bebankan tugas & kerja orang lain

Penstrukturan Cuti Umum Malaysia

Cuma penstrukturan cuti umum Malaysia itu bagi kami mungkin perlu ditambahbaik. Kami kurang bersetuju contohnya :
  • cuti hujung minggu, cukuplah bagi kami 5 1/2 hari seminggu (ikut sistem dahulu)
  • cuti umum kalau jatuh pada hujung minggu tidak perlulah untuk dibawa kepada hari berikutnya
  • lagi satu, selaraskan semua cuti hujung minggu di seluruh negara. Kenapa perlu berbeza-beza?
Akhirnya, pekerja itu sendiri perlu  mencari kerja berdasarkan minat. Insyaallah, memang banyak bezanya jika anda bekerja berdasarkan minat. Jika kerja berdasarkan minat akan membuat anda tidak berkira soal masa bekerja malahan kualiti kerja anda akan menjadi lebih baik. Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini bekerja secara paksa tidak “menikmatinya”.
“Cukup bulan ambil gaji, hujung minggu = cuti”.
Begitulah resam setiap bulan. Jadi kapasiti anda sebagai majikan mahupun bekerja sekarang, apakah cara yang boleh menghasilkan produktiviti yang lebih berbanding sekarang ini? Perlu dikurangkan cuti umum?
by STAFF BERITA SEMASA on JANUARY 6, 2012

Sunday, January 1, 2012

17 mahasiswa ditahan demonstrasi


2012/01/02

TANJUNG MALIM:
Polis menahan 17 mahasiswa, termasuk seorang penuntut wanita kerana menyertai demonstrasi haram dengan membawa keranda, tidur di atas jalan dan cuba memanjat pagar kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, awal pagi semalam.

Demonstrasi itu diadakan atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan ‘membebaskan’ pelajar UPSI, Adam Adli yang disiasat kerana menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, pada 17 Disember, daripada dikenakan tindakan tatatertib.


Turut ditahan pada perhimpunan haram yang dianjurkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu ialah Adam, 21. Adam ketika ini disiasat UPSI dengan pendengaran tatatertib ditetapkan 9 Januari ini, selain polis.


Demonstrasi itu disertai kira-kira
70 penuntut universiti, kebanyakannya pelajar UPSI, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Management and Science University (MSU). Dua penuntut, termasuk Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Safwan Anang turut cedera ketika polis menyuraikan demonstrasi itu.

Safwan dikatakan cedera, termasuk patah gigi selepas merempuh dinding kaca sebuah klinik 24 jam di hadapan UPSI ketika kumpulan terbabit bertempiaran lari apabila polis cuba menahan mereka selepas amaran bersurai tidak diendahkan.


Kadar Caruman KWSP Baru (Majikan) Bermula Januari 2012 & Kenaikan Simpanan Persaraan Pekerja

by STAFF BERITA SEMASA on DECEMBER 28, 2011
Kongsi Berita31
kadar caruman kwsp 2012 2 Kadar Caruman KWSP Baru (Majikan) Bermula Januari 2012 & Kenaikan Simpanan Persaraan Pekerja
Ini dinamakan teknik serampang dua mata. Kadar caruman KWSP yang baru melibatkan majikan dalam pada masa yang sama simpanan persaraan akan turut bertambah. Akhirnya, kantung KWSP akan terus meningkat & “sihat” semula. 
kadar caruman kwsp 2012 Kadar Caruman KWSP Baru (Majikan) Bermula Januari 2012 & Kenaikan Simpanan Persaraan Pekerja
Antara isi-isi penting yang perlu anda ketahui dengan dasar baru ini adalah :
  • Dengan dasar baru ini, 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP akan mendapat manfaatnya berdasarkan pengumuman Bajet 2012
  • Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 turut sama mendapat manfaat apabila majikan anda diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.
  • Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan sehingga RM5,000 sahaja yang terlibat untuk menerima kenaikan simpanan persaraan
  • Kadar caruman KWSP pekerja, masih lagi kekal pada kadar 11 peratus. Tidak berubah.
  • Tetapi…..kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa Januari 2012
  • Kalau sebelum ini
  • Sebab dasar ini dibuat kata KWSP adalah untuk membantu pesara yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua,  kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia
Seperti yang kami katakan di atas tadi :
Sekurang-kurangnya ada peningkatan simpanan di hari tua. Cuma dinasihatkan anda sebagai pekerja semak betul atau tidak syarikat potong KWSP . Sebab banyak kes yang kedengaran telah ditipu. Jadi hati-hati.