Thursday, November 4, 2010

KEMUNDURAN TAHAP MENTALITI (RASUAH)

       Negara kita sudah jauh mundur ke tahap di mana rasuah di negara kita bukan lagi menjadi kenyataan hidup, malah sudah menjadi satu cara hidup. Ketika kita melihat secara dekat negara-negara yang dianggap sebagai di antara yang paling kurang rasuah, kita dapati mereka selalunya ditadbir dengan baik dan terdapat perhubungan terus di antara pemerintahan yang baik dan daya saing. Negara-negara ini amat sedar bahawa rasuah jika tidak dipantau akan merencat dan menghancurkan nilai-nilai moral dan sistem nilai mereka, dan seterusnya ekonomi mereka.
       Gejala pembusukan moral ada di mana-mana di negara ini. Ia tidak pernah berhenti untuk mengejutkan  betapa kerajaan kita yang berfikir laungan retorik sahaja bersama niat baik memerangi rasuah boleh mencegah hasutan sistemik mekanisme negara yang tidak terkawal dalam penilaian dan pertimbangannya, beserta lain-lain institusi kerajaan sebagai juzuk daripada pengaturan perlembagaan untuk melindungi hak-hak warga negara kita. 

create by...

LOGIK AKAL

‎(critical thinking) :) perspktif yang berlainan mengikut cra permikir mengolah teori yg dapat di terima akal adalah proses evolusi, dimana setiap manusia mempunyai perasaan ingin tahu yg mendalam(HAKIKAT) dan ingin mengkaji sesuatu/menyelidiki dgn lebih dan dapat diterima logik akal.
Manusia yang mencipta teori... tetapi apabila teori yang tercipta itu mula mempengaruhi minda dan perwatakan manusia lain secara sedar atau tidak pembentukan keperibadian manusia dan perwatak serta tingkah lakunya itu mula membentuk manusia itu mengikut teori-teori yang tercipta. Cicakman tiada logik tapi dapat dihasilan kerana teknologi animasi yang tidak membataskan tahap pemikiran manusia... Ultraman mesej atau hiburan tidak menjadi soal kecangihan grafik , teknologi yang lahir hasil pemikiran manusia membuatkan kita kagum walaupun diluar norma kehidupan manusia biasa.

"Manusia yang BODOH adalah manusia yang bercakap sebelum berfikir" satu kenyataan yang baik tapi dalam hidup ini bukan semua perkara kita perlu berfikir sebelum bercakap... kadang2 perkara tersebut diterima umum dan jadi kebiasaan macam kita masuk ke kelas budak akan bangun n bagi salam.... tak kiralah siapa cg yang masuk bg mereka benda tu automatik.

Perlu juga fikir n tekankan manusia yang bercakap selepas berfikir , kadang-kadang manusia jenis ini juga boleh melakukan kesilapan sbb pengetahuannya tentang sesuatu perkara itu cetek... so fikirlah macam mana pun keupayaan dia untuk membuat keputusan adalah terbatas kerana ketiadaan kepakaran.

Manusia Yang Berfikir sebelum Bercakap Mungkin Hendak Memperbodohkan Orang Lain.

Wednesday, November 3, 2010

Malaysia’s Culture of Political and Social Oppression

by Nurul Izzah Anwar
In recent years, Malaysia has seen a huge wave of migrations, with an estimated one million Malaysians now living abroad. The UK is now home to over 50,000 Malaysian citizens. Many travel to the UK to study or work, and choose not to return to Malaysia, often stifled by the lack of civil liberties and basic human rights in their own back yard. This is compounded by the race-based economic and social policies selectively championed by the ruling United Malay National Organisation(UMNO) that enriches a few at the expense of majority Malays who remain poor and where  many non-Malays feel that they are often treated as second class citizens.
On Saturday the 30th of October 2010, Malaysians from all over the UK will be peacefully protesting outside the Malaysian Tourism Office in Trafalgar Square against the continued use of Malaysia’s draconian Internal Security Act, a throwback from the days of British colonial rule that allows for indefinite arbitrary detention without trial. The right to peaceful assembly and protest is not something that Malaysians take lightly.
In Malaysia, a police permit is required for gatherings of five people or more and peaceful civil society protests are often met with water cannons, tear gas and arrests. Similar protests in Malaysia in August saw the arrest of 36 people. Such crackdowns on basic civil liberties have ignited a debate amongst Malaysians abroad, galvanising them to stand in solidarity with their countrymen back home and help draw the attention of the international community to Malaysia’s dismal human rights recor

PENGOLAHAN IDEA BEDASARKAN PEMIKIRAN

Di setiap perjalanan hidup perlu banyak pengorbanan dilakukan ;walaupun keadaan yang dilalui amatlah gentir tapi harus diharungi demi masa depan .dalam masa yang sama haruslah bersedia dari kekuatan fizikal ;rohani dan emosi amatlah penting demi konduksi yang stabil,disamping itu, penyelarasan minda melalui penjana pemikiran mestilah focus untuk menyedarkan kadar tidakbalas hormone dalam badan agar tidak terlalu agresif. Oleh kerana; segala apa yang berlaku dalam luar konduksi atau dalam konduksi normal adalah dipengaruhi oleh daya pemikiran yang diaktifkan dalam sel saraf melalui hormone.  
Di tegaskan disini; aliran olahan idea apabila menyampaikan pendapat dipengaruhi oleh ingatan pembacaan, pendengaran, penglihatan dan pengalaman. Harus sedar; apabila kita melakukan sesuatu yang sukar ,mestilah berfikir kesan dan akibat malahan bersikap lebih rasional untuk menangani kejadian tidak diingini berlaku. “Seseorang itu tidak mendapat sesuatu yang lebih dari keistimewaan akal, kerana akal itu membimbing Manusia dilahirkan dengan kehebatan tersendiri yang telah dibekalkan oleh TUHAN Tetapi anugerah ini telah dilindungi dan disaluti oleh keterbiasaan, sikap, nilai-nilai dan kepercayaan yang negatif. Program dan skrip hidup yang terbentuk dalam minda individu inilah yang menghalang penyerlahan dan penjanaan kecemerlangan diri. 

Tuesday, November 2, 2010

KHAYALAN ATAU REALITI (penguasaan minda)

           Dalam keadaan runsing (fikiran terganggu) atau keadaan sunyi; fikiran sering mudah diselubungi oleh anasir-anasir luar, secara menyeluruh segala kompenen dalam otak dipengaruhi Oleh perasaan takut . Dari segi kepercayaan agama setiap manusia mempunyai roh kecuali binatang tidak mempunyai roh; dalam konteks agama roh; adalah sesuatu objek halus yang meresapi dalam badan ,dan roh tidak boleh mati melainkan jasad boleh hilang. 
       Persoalan disini ;Adakah roh lain wujud selain roh dalam badan manusia? Sering dipertikaikan oleh golongan sainstis mengenai kewujudan manusia mengenai fakta betul atau kepercayaan agama? bagi pendapat yg pernah di alami oleh segelintir manusia..makhluk halus memang wujud dan ia berbentuk roh yg tidak dapat digambarkan; kehebatan makhluk halus ,boleh menyusup dalam bentuk apa2 pada badan(manusia dan binatang) .keadaan ini menyebabkan seseorang boleh dikontrol keseluruhan badannya oleh roh halus ;dalam situasi kerasukan atau pun hysteria. Pertembungan kedua2 roh iaitu roh dlm badan manusia dan roh halus (makhluk halus)menyebabkan evolusi berlaku iaitu dikenali sbg perang roh.

MENGUMPULKAN FAKTA-FAKTA

  • Dalam melahirkan idea atau ilham yang bernas , kemampuan berfikir untuk mengaitkan idea di antara satu fakta dengan fakta yang lain adalah cara paling berkesan untuk melahirkan idea .Cara mengasas otak berfikir ke arah itu dapat dilakukan dengan membuat kajian di dalam bidang sosial sains atau melalui pembacaaan beberapa buah buku yang berkaitan. 

Berfikir Hingga Ke Titik Hati

  • Prinsip atau cara yang paling berkesan melahirkan idea ialah dengan cara bertenang dan merehatkan fikiran. 
  • Bagaimanapun jangan terlalu mudah mengalah kerana daya pemikiran kita juga mempunyai tenaga kedua di dalam proses mengeluarkan idea. 
  • Teruskan berfikir hingga sampai ke titik di mana kita jadi buntu, fikiran jadi berkecamuk dan persoalan yang hendak difikirkan hilang begitu sahaja.
  •  Jika anda telah benar-benar berfikir sebelumnya, bahagian kedua di dalam seluruh proses mencari idea telah selesai dan kini anda perlu bersedia di dalam proses ketiga.       

Monday, November 1, 2010

High Oder Thinking Skills

Kita boleh menghantar sesuatu maklumat kepada orang lain melalui pemikiran. Kita boleh berkomunikasi dengan seseorang melalui cara membayangkan wajahnya di dalam minda kita, untuk memudahkan penghantaran maklumat tersebut kita mestilah melakukan dengan secara jujur, ikhlas dan tanggungjawab. Sebenarnya apa yang kita fikirkan mengenai seseorang, fikiran dan tanggapan tersebut bergerak dalam bentuk gelombang minda dan jika tiada halangan atau gangguan, gelombang tersebut akan dapat berkomunikasi serta mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jalinan emosi dan pertalian darah yang rapat akan memberi kesan yang mendalam. 

Santai..



Minda mengelorakan jiwa yang hampir dilanda keretakan ,dimana anjakan paradigma perlu dilakukan demi kehidupan yang menjamin hari yang cerah untuk masa depan.Dimanakah pendirian kita selama ini sering kita pertahankan.?huh..inilah ragam insan bila keresahan melanda jiwa baru nak sedar seketika namun hanya sementara ..beginikah adat di dunia ?? ada sebilangan manusia sedar kesilapan berlaku namun keadaan tidak dapat mengubah rencana yang di beri.
Bermulanya seni kata mengurai setiap yang tersirat, setiap pekara difikir secara konogtif merangsang jiwa yang harus dipraktik .Dimana pengalaman yang melebar luas yang tidak ada batas harus berlaku terhadap insan. Ada dua pemikiran baik dan tidak baik yang ada pada manusia , dimana tidak ada manusia lari dari hakikat ini. Namun kematangan pemikiran memberi feadah yang membangkitkan jiwa insan.